it's me ^.^

My photo
Taman Equine - Batu Pahat, Serdang - Johor, Malaysia

Wednesday, April 3, 2013

TIPS BELA RAMBUT



Buat wanita yang mengutamakan kesihatan rambut, usah risau, kerana kami mempunyai beberapa tip penjagaan rambut di rumah yang boleh menjimatkan kos anda.



MERAWAT KULIT KEPALA

Kulit kepala perlu diberi gizi untuk mendapatkan rambut yang sihat dan cantik. Caranya adalah dengan mengurut kulit kepala menggunakan hujung jari. Kaedah urutan ini mampu merangsang aliran darah. Jika mahu, anda juga boleh menggunakan produk khusus untuk kulit kepala seperti pupur, dan serum.

PENGGUNAAN SIKAT

Gunakan sikat yang bulat bagi membela rambut. Manakala sikat biasa boleh digunakan untuk jenis rambut yang halus dan lembut.

PENYEMBUR RAMBUT
Walaupun mengandungi polimer yang boleh menahan kelembapan, penyembur rambut tidak berbahaya untuk digunakan. Anda boleh menggunakan penyembur rambut secukupnya mengikut kesesuaian.


MENGHILANGKAN KELEMUMUR
Kelemumur terjadi akibat gangguan atau radangan kulit kepala yang mengeringkan. Bagi merawatnya, pilihlah syampu anti kelemumur yagn mengandungi zink, salasil dan selenium sulfida. Susuli dengan amalan meminum air yang banyak.


1 comment: